Kenapa kaftan menjadi pilihan ramai?
Sejak akhir-akhir ini baju kaftan semakin menjadi perhatian ramai golongan wanita di Malaysia.
Ramai peniaga-peniaga menjual baju kaftan dengan pelbagai corak dan warna.
Trend ini kembali hangat kerana reka bentuk kaftan seakan akan baju kelawar yang sangat popular di kalangan “mak-mak” kita dahulu.
Kaftan diubah suai dan diinovasikan dengan pelbagai cara dan idea supaya kelihatan cantik dan selesa.
Berikut adalah sebab-sebab utama kenapa golongan wanita perlu pakai kaftan:
Reka bentuk kaftan yang sangat selesa.
Dengan keadaan reka bentuk yang longgar, kaftan memudahkan pergerakkan bagi si pemakai bagi melakukan aktiviti seharian di rumah atau kerja-kerja dipejabat.
Kain yang tidak panas.
Kebanyakkan kaftan yang berada dipasaran menggunakan kain dari material yang sejuk dan tidak menghalang peredaran udara.
Malah kain yang digunakkan juga tidak mudah kedut dan sentiasa tampak licin dan kemas.
Mudah dipakai.
Tidak perlukan masa yang lama untuk dipakai, cuma sekali sarung dan siap juga menjadi salah satu kelebihan bagi mereka yang sentiasa berkejar dengan masa.

Banyak cara untuk digayakan.
Terdapat pelbagai cara untuk mengayakan kaftan seperti menggenakan kaftan bersama tali pinggang dan blazer.
Semuanya bergantung kepada kreativiti si pemakai.
Anda juga boleh mendapatkan tips menggayakan pakaian di Youtube.

Sesuai dipakai dimana sahaja
Kaftan tidak lagi hany dipakai di rumah, malah dipakai untuk ke pejabat atau aktiviti luar.
Selebriti-selebriti yang terkenal juga turut menggayakan kaftan sewaktu berada di tempat umum kerana designnya yang elegan.
Anda boleh lawat laman web ArissaAriana untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan.