
CARA UNTUK PAKAIAN ANDA LEBIH WANGI SELEPAS SETIAP KALI CUCIAN
Jangan membiarkan atau merendam pakaian yang sudah dipakai terlalu lama kerana boleh mengaktifkan bakteria yang menyebabkan baju baju berbau busuk.

Menggunakanserbuk pencuci atau detergent & pewangi pakaian yang berkualiti dengan sukatan yang betul ketika mencuci pakaian.

Segera menjemur pakaian apabila selesai mencuci bagi mengelakkan bakteria membiak di baju & menyebabkan baju berbau lebih busuk.

Gosok baju yang telah kering & gunakan ironing aid yang wangi untuk membuatkan pakaian anda berbau wangi dengan lebih lama.

Anda juga boleh meletakkan pewangi di tempat pakaian anda disimpan untuk mengelakkan pakaian anda berbau kusam.
